Kincir angin mendatar Kincir_angin

Kincir angin mendatar Persia

Kincir angin bolehguna yang pertama adalah yang memiliki layar yang berputar pada satah menegak, sekitar paksi menegak.[8] Ia dicipta di Persia timur sebagaimana direkod oleh pakar geografi Persia Abu Ishaq Ibrahim ibn Muhammad al-Farisi al Istakhri "Estakhri" pada abad ke-9.[9][10] Kesahihan anecdote lebih awal mengenai kincir angin yang membabitkan of a windmill involving the second caliph Umar (AD 634–644) is questioned on the grounds that it appears in a 10th-century document.[11] Dihasilkan dengan enam hingga dua belas layar yang ditutup dengan tikar mensiang atau bahan tekstil, kincir angin ini digunakan bagi mengisar bijiran atau mengangkat air, dan agak berbeza dari kincir angin Europah terkemudian. Kincir angin tersebar luas merentasi Timur Tengah dan Asia Tengah, dan kemudiannya tersebar ke China dan benua kecil India dari situ.[12]

Jenis serupa kincir angin mendatar dengan bilah segi empat, digunakan bagi pengairan, dan juga boleh dijumpai pada abad ke-13 China (semasa Dinasti Jurchen Jin di utara), yang diperkenalkan oleh pengembara yang merentasi Yelü Chucai ke Turkestan pada 1219.[13]

Kilang Hooper, Margate, Kent. Kincir angin mendatar Europah abad ke-18